Selasa, 22 November 2011

Anugerah Baiti Jannati 2011!

Assalamualaikum.

Pada tarikh yang sama dengan sambutan kelahiran kakak dan adik, Ummi Abi anjurkan sekali Majlis Anugerah Baiti Jannati. Seperti biasa, setiap tahun apabila berakhirnya persekolahan, Ummi Abi pasti akan adakan Majlis Anugerah Baiti Jannati buat membangkitkan semangat anak-anak dalam mengejar kecemerlangan. Sememangnya anak-anak sentiasa tertunggu-tunggu majlis ini setelah setahun mereka berhempas-pulas mengejar kecemerlangan.

Majlis dimulakan dengan Anugerah Nilam. Ringkasnya, anugerah untuk mereka yang rajin membaca...

Kali ini anak ke-3 Ummi, Aisyah Farihah menjuarai kategori membaca novel paling banyak (sudah tentunya novel yang telah menerima tapisan dari Ummi...hehehe)

Tempat kedua disandang oleh kakak Amirah Zahidah!

Manakala tempat ketiga di sandang oleh adik Atiqah Maisarah! Pening kepala Abi tengok Ummi hadiahkan kartun angry bird...hahaha.

"Seterusnya adalah hadiah paling berprestij!"....bersemangat Ummi nak umumkan ni. "Hadiah 5A UPSR, 8A UPKK serta tempat pertama peperiksaan akhir tahun beserta 6 subjek akademik terbaik dan tokoh pelajar unggul jatuh kepada....

"Abi!!!!" Hisyyhh...sibuk aja Abi ni menyampuk! Hahaha....pecah ketawa kami...

Sambung balik"....jatuh kepada Amirah Zahidah binti Roslan!!!" Tu dia! Besarnya hadiah kakak dapat. Pastinya sebuah hadiah yang sudah lama diidami oleh kakak...

Anugerah kakak!

Alhamdulillah...semoga ketokohanmu akan menjadi jalan untuk ke syurgaNya kelak, anakku...

Seterusnya adalah hadiah tempat pertama peperiksaan akhir Tahun 3 serta 4 subjek akademik terbaik yang disandang oleh Aisyah Farihah binti Roslan!

Manakala hadiah tempat ketiga Tahun 1 serta 2 subjek akademik terbaik pula disandang oleh Atiqah Maisarah binti Roslan!

Sesi membuka balutan hadiah! Hahaha...happynya tengok anak-anak happy...

Masing-masing dapat beg sekolah yang bersulam nama masing-masing! Canggih...

Atiqah Maisarah bersama tuala mandi yang juga bersulamkan namanya...

Aisyah Farihah dengan tuala mandinya...

Kakakpun dapat. "Horrey! Nanti kakak boleh bawak ke asrama tuala ni!" Happynya kakak...

Kipun turut sama melihat gelagat cucu-cucunya membuka hadiah...

"Wahhh...banyak lapisnya beg ni!" kata Aisyah...

"Laptop skin????!!! Ya Allah, Ya Allah...kakak dah tahu, kakak dah tahu apa kat dalam kotak ni!"

"Betul, betul...memang betul ni..."

"Hahaha...terimakasih Ummi, terimakasih Abi.....sukanya kakak!"

Kakak bersama laptop barunya! Selama ini anak-anak Ummi selalu terkilan sebab tak dapat hadiah ebook dari pihak sekolah sebagaimana yang diperolehi oleh sepupu-sepapanya yang belajar di sekolah kerajaan. Tapi janji Ummi pada anak-anak : Kalau mereka cemerlang belajar, Ummi Abi pasti akan hadiahkan ebook yang lebih canggih, lebih banyak fungsinya dan lebih bermakna lagi buat mereka!

Mabruk buatmu, anak-anakku!

"Ya Allah, kurniakanlah buat kami anak-anak yang soleh dan solehah, generasi keturunan yang soleh dan solehah, serta himpunkanlah kami kelak ya Allah di syurga FirdausMu. Amin, Amin, Amin Ya Rabbal'alamin..."

Ulangtahun Kembar Ummi...

Assalamualaikum.

Happy Birthday untuk kedua-dua puteri Ummi, Amirah Zahidah (12 tahun) dan Atiqah Maisarah (7 tahun). Kedua-duanya lahir pada tarikh yang sama - 19 November. Selalu Ummi panggil kakak dan adik ni sebagai kembar tak sama tahun. Ummi Abi doakan kakak dan adik, juga kesemua anak-anak Ummi yang lain semoga sentiasa dikurniakan Allah kebahagiaan dan keberkatan dunia dan akhirat...Amin.

Macam biasa, ambik gambar lurus aja beratur...hahaha. Tapi yang sebenarnya, nak ke jadi cam ni, entah berapa kali candid.

Tengok tu! Apa taknya...Abi suka sangat buat lawak selamba masa tengah posing. Yang paling dahsyat ketawa mesti Angah ngan kakak tu lah....hehehe...

Imam Besar sedang membacakan doa....Abi ni kan, bukan setakat kat luar klinik, duk kat dalam klinikpun selalu aja patient tersasul panggil ustaz...hehehe. Tapi Abi memang ustaz buat kami!

"Happy birthday kakak...semoga terus membesar sebagai anak yang soleh, penyejuk mata hati Ummi dan Abi...."

Wah! Besarnya kotak hadiah kakak...

"Happy birthday juga untuk adik Atiqah. Semoga membesar menjadi anak solehah, penyejuk mata hati Ummi dan Abi..."

Isnin, 21 November 2011

Majlis Ihtifal SRIP Tahfiz 2011

Assalamualaikum.

17 November 2011 : Alhamdulillah. Kali ini Majlis Ihtifal SRIP Tahfiz Kuala Terengganu berjaya diadakan secara gilang-gemilang di Menara Yayasan Islam Kuala Terengganu pada hari akhir persekolahan sesi 2011. Kalau kebiasaannya majlis ihtifal diadakan di siang hari, namun hari ini buat kali pertamanya majlis ihtifal diadakan di malam hari. Sambutan yang diberikan begitu hangat sekali. Apatah lagi di siang harinya, keputusan UPSR diumumkan. Bermakna pada malamnya, anak-anak didik SRIP Tahfiz terus diraikan oleh pihak sekolah.

Tepat jam 8.30 malam, majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-qur'an oleh adik Ahmad Firdaus bin Haslizan. Merdu sungguh bacaan yang disampaikan...

Diikuti kemudiannya dengan ucapan yang disampaikan oleh puan guru besar sekolah yang kami hormati, Cikgu Nabillahiyaumi binti Aman Razali.

En.Md.Iszeham bin Mat Ali selaku YDP PIBG SRIP Tahfiz turut menyampaikan ucapan alu-aluan.

Seterusnya, ucapan perasmian oleh Prof Mohd Yazid Mohd Saman yang merupakan pensyarah di Jabatan Sains & Teknologi, UMT.

Alhamdulillah, kali ini video man Ummi diimport khas dari Cairo, Mesir. Tak lain dan tak bukan, Ammar bin Roslan! Alonglah tu...hehehe...

Yang ni siapa pulak? Haha....menyibuk aja si bongsu ni nak duduk sebelah Ummi. Walhal kejap lagi dah nak kena buat persembahan....

Penyampaian cenderahati untuk perasmi...

Persembahan pertama bermula!

Ummi tabik spring dengan persembahan oleh anak-anak TISPIN (Tadika Islam Pintar). Sungguh menghiburkan dan melucukan!

Tengok wajah-wajah comel ni, tak ada langsung perasaan takut berada di pentas! Hebat sungguh...

Diikuti kemudiannya dengan persembahan nasyid dari Persatuan Bahasa Arab...

Ummi difahamkan anak-anak perempuan yang telah baligh dikecualikan dari persembahan nasyid/nyanyian. Tahniah kepada pihak sekolah yang begitu prihatin menjaga tatasusila dan akhlaq anak-anak didik mereka!

Ustazah Rafeah selaku pengerusi majlis. Ustazah Rafeah adalah merupakan seorang ustazah yang paling lama berbakti di SRIP Tahfiz. Bahkan di zaman anak sulung Ummi lagi jasanya telah tersemai di sini. Dialah ustazah kesayangan anak-anak Ummi. Dialah ustazah yang begitu banyak jasanya dalam mendidik anak-anak SRIP Tahfiz.

Persembahan dari Persatuan Bahasa Malaysia. Wah! Atiqah juga yang pegang mic? Hehe...patutlah bersemangat sekali anak bongsu Ummi ni berlatih di rumah...

Tenangnya hati melihat wajah-wajah suci anak-anak yang bersih dari noda dan dosa...

Tibalah masanya acara penyampaian hadiah untuk kecemerlangan akademik. Alhamdulillah. Anak Ummi Atiqah berjaya mendapat 2 subjek akademik terbaik. Kena pulak, Abinya yang dijemput untuk menyampaikan hadiah di pentas. Terharunya Ummi...

Manakala anak Ummi, Aisyah Farihah berjaya menggondol 4 subjek akademik terbaik dan kakak (Amirah Zahidah) pula sebanyak 6 subjek akademik terbaik! Alhamdulillah. Yang paling Ummi suka, ketiga-tiga anak Ummi berjaya mendapat anugerah terbaik dalam subjek al-qur'an untuk tahun masing-masing. Segala puji bagiMu ya Allah atas kurniaan anak-anak yang cemerlang. Pastinya doa kami kedua ibubapanya untuk terus melihat mereka cemerlang bukan sahaja di dunia ini, tetapi lebih-lebih lagi kecemerlangan di yaumul akhirah...

Acara seterusnya adalah persembahan perbualan dalam bahasa Arab.

Terkejut sakan Ummi mendengar kakak Amirah, Aisyah dan kawannya Amal, berbual dalam bahasa Arab! Tu dia...mengalahkan mak Arab...haha...

Ummi jeling kat Along & Angah di sebelah...Amacam orang Mesir, ada faham ka...? Hahaha..ketawa Along & Angah...

Tiba pula masanya untuk anugerah kecemerlangan mengikut tahun. Alhamdulillah, anak bongsu Ummi, Atiqah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam peperiksaan akhir tahun 1. Semasa Atiqah naik ke pentas, Ummi tersenyum mengingatkan kata-kata Atiqah semasa memaklumkan pada Ummi nombor peperiksaan. "Ummi,Ummi...hebat sangat Atiqah tau! Masa penggal 1, Atiqah dapat no.1, penggal 2, Atiqah dapat no.2, kali ni penggal ke-3, Atiqah dapat no.3!!!"...Hahaha....pecah ketawa Ummi kat dalam kereta. Hai Atiqah....anak kecil yang masih keliru dalam membuat perbezaan. Tapi inilah masanya untuk kita mengajar mereka mana yang baik, mana yang buruk. Mana yang haram, mana yang halal....Mudah-mudahan bila dah besar, anak-anak Ummi semua mampu MEMBUAT PILIHAN apa yang terbaik di sisi Allah.

Alhamdulillah, anak Ummi, Aisyah Farihah pula berjaya menggondol tempat pertama dalam peperiksaan akhir Tahun 3. Tahniah Aisyah!

Manakala anak Ummi, Amirah Zahidah berjaya menggondol tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun Darjah 6! Tahniah buatmu kakak...Ini bermakna semnejak di peringkat prasekolah sehinggalah kakak di tahun 6 sekolah rendah, tempat pertama sentiasa menjadi milik kakak! Ummi doakan semoga kakak dan anak-anak Ummi yang lain juga akan berjaya menjadi insan yang sentiasa berkedudukan tinggi dan mulia disisi Allah...

Majlis graduasi anak-anak TISPIN. Comelnya.....!!

Diikuti majlis graduasi anak-anak SRIP Tahfiz Tahun 6. Kelihatan kakak sedang menerima sijil graduasi dengan pakaian graduasi. Subhanallah. Cepatnya masa berlalu. Kakak dahpun selesai menempuh alam persekolahan rendah...

Anak-anak graduasi 6 Tahun TISPIN bergambar bersama graduasi Tahun 6 SRIP Tahfiz. ( Kakak nak sama tinggi aja dengan graduasi 6 tahun...hoho...)

Kakak 5 sekawan (barisan belakang) - merekalah teman di waktu suka dan teman di waktu duka. Rapatnya mereka bak belangkas. Bahkan Ummi sendiri terasa mereka bagaikan anak-anak Ummi sendiri....

"Kakak, 13 tahun akan datang, Ummi nak lihat kakak dengan pakaian ijazah sebegini. Semestinya kakak saat itu sebagai graduan perubatan yang juga bergelar hafizah!" Kita bina skrip kehidupan dari sekarang...sebagaimana kita menetapkan skrip perjalanan hidup kita sebagai ahli syurga di yaumul akhirah, InsyaAllah.
Akhirnya tiba saat TOKOH PELAJAR diumumkan. Subhanallah. Kali ini nama kakak diumumkan sebagai tokoh pelajar unggul dan untuk itu Ummi dan Abi diminta mengiringi kakak ke pentas. Ya Allah...tak terucap betapa ria dan berbunganya hati Ummi dan Abi. Terimakasih kakak kerana telah menjadi seorang anak yang sentiasa membahagiakan hati Ummi dan Abi serta menjadi penyejuk mata Ummi dan Abi.


Bergambar kenangan di pentas bersama murid-murid UPSR dan para ibubapa...

Persembahan sajak sebelum berakhirnya majlis...



TAHNIAH buat ketiga-tiga puteri solehah Ummi...Semoga kalian akan terus cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin...