Rabu, 3 November 2010

Kusahut PanggilanMu Ya Allah...

Assalamualaikum.

Dikesempatan ini, Ummi ingin memohon ribuan kemaafan buat semua pengunjung blog jika terdapat sebarang kekhilafan, kesalahan dan kesilapan dari Ummi sama ada secara sedar atau di luar kesedaran Ummi sendiri. InsyaAllah pada tarikh 7 November ini, jam 10.20 pagi Ummi dan Abi akan bertolak ke Tanah Suci Al Mukarramah bagi menunaikan tuntutan Rukun Islam yang ke-5. Doakanlah kami….

Bercelaru hati ini sebenarnya kerana panggilan ke tanah suci tiba di saat Ummi menyambut amanah menjaga bonda yang terbaring tenat di rumah Ummi sendiri. Hati terkata-kata, wajarkah panggilan haji ini disambut? Namun Alhamdulillah, berkat musyawarah bersama keluarga, kakak bersetuju menyambung amanah menjaga bonda sepanjang ketiadaan Ummi dan Abi di rumah. Semoga segalanya dipermudahkan Allah. Doakanlah juga untuk kesihatan bonda…


“Ya Allah, kurniakanlah keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan buat kami ya Allah. Permudahkanlah urusan kami. Kami serahkan anak-anak dan kedua ibubapa kami dibawah peliharaanMu ya Allah. Kurniakanlah buat kami haji yang mabrur..Amin, Amin, Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”

7 ulasan:

alQasam berkata...

Askum Kak Han

MashALLAH, kak han dah nak ke Mekkah ya. Selamat menjalani perjalanan ruhiyyah yang istiwmewa. Semoga mendapat haji yang mabrur. InshALLAH jika tiada aral kami akan menziarahi. Sunnah menziarahi mereka yang akan ke haji dan bukan sebaliknya. Afwan, baru-baru ni tak sempat ziarah mak kak han, baru masuk rumah.

Diharap masukkan kami dalam doa kak han dan dr roslan ya.

iconwear berkata...

assalamualaikum..

semoga selamat pergi dan balik serta semoga mendapat haji yang mabrur kak ummi.

Unknown berkata...

Assalamualaikum kak Ummi. Tahniah banyak kak sebab mendapat panggilan Ilahi untuk menunaikan haji. Dalam kegembiraan kak Ummi diuji juga dgn keadaan bonda yang sakit. Chik doakan Allah permudahkan segala urusan kak Ummi. Selamat menunaikan haji kak. Semoga akak suami isteri menadapat haji mabrur.

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak Ummi,

MashaAllah tabarakallah,

Mabruk kak dan suami.

Semoga mendapat haji yang mabrur.

Ummu Abdil Bari.

Kak Ummi berkata...

Buat alQasam,iconwear,kakchik & drnurizah...

Terimakasih adik-adikku atas doa yang dilafazkan.InsyaAllah malam ini Kak Ummi akan bertolak ke KL dan pagi esok (Ahad) jam 8 pagi akan berlepas ke Singapore-Jeddah.

Semoga bersua kembali nanti...

Doakan Ummi sentiasa ya..Amin...

alQasam berkata...

Alhamdulillah. Daapat kami menziarah kak han dan dan dr roslan.

Semoga dipelihara, diberi kesihatan dalam menempuh perjalanan ruhaniyyah ni. Moga dikurniakan haji mabrur. Amin. InshALLAH.

Salam sayang dan ingatan selalu.

amdang81 berkata...

Semalam ada call Abg Lan. Ketika tu dia kata ada di Singapore, jadi dia tak syorkan bercakap. Tak tahu plak rupanya on the way ke Makkah...

Semoga selamat pergi dan balik. Semoga mendapat Haji yang Mabrur..