Sabtu, 9 Februari 2013

Rumah Tumpangan Darul Barakah : Jom Sewa !!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya impian dan hasrat ayahanda tercinta untuk menjadikan rumah tinggalannya bersama arwah bonda di Kg Durian Burung sebagai rumah tumpangan, terlaksana juga. Dengan nama Allah, Ummi postkan gambar-gambar rumah tumpangan ini sebagai iklan.

Rumah Tumpangan Darul Barakah nama diberi. Mudah-mudahan penghuni yang menyewanya juga bakal mendapat barakah. Selain daripada digunakan sebagai rumah tumpangan, di sinilah juga tempat menadah ilmu buat penduduk kampung pada setiap hari Isnin dan juga Rabu semenjak tahun 2007.

 
Signage Darul Barakah Guest House. Terimakasih buat anakanda sulung Ummi, Ammar Roslan yang sempat menyiapkan design signage ini sebelum kembali ke Mesir menyambung pengajiannya dan juga terimakasih juga buat anakanda Anas Roslan bersama teman-teman sepengajian mereka di Mesir yang telah membantu membersihkan rumah sepanjang percutian di Malaysia.

Pandangan hadapan rumah. Amat sesuai untuk mereka yang cintakan suasana kedamaian kampung.

Tempat parking yang luas sehingga ke bahagian bawah rumah.
Pandangan sisi rumah melalui pagar sisi. Di bawah rumah inilah kuliah agama diadakan pada setiap hari Rabu.
Ini adalah suasana pada setiap hari kuliah. Oleh kerana itu, rumah ini juga terbuka untuk disewa sebagai tempat tamrin dengan kemudahan alat pandang dengar dan kerusi.
Pandangan di ruang tamu. Lengkap dengan sofa, meja tulis, tv dan dvd.
Malah CD-CD Ceramah Ustaz Azhar Idrus yang sedang menjadi fenomena sekarang ini juga turut disediakan.
Ruang Tamu ke 2, memanjang dengan ruang tamu utama. Ruangan ini boleh digunakan untuk solat berjemaah.
Ruang tengah antara bilik-bilik. Terdapat juga katil tambahan di ruang tengah ini. Amat sesuai untuk disewa oleh sebuah keluarga yang besar.
Bilik 1.

Bilik 2
Bilik 3

Setiap bilik dibekalkan dengan selimut, tuala dan sejadah untuk kegunaaan sepanjang penyewaan.
Ruang makan dengan meja set kerusi 8 beserta peti sejuk.
Ruang dapur juga dilengkapi meja bulat set kerusi 4 serta peti sejuk (tidak kelihatan dalam gambar). Mesin basuh tersedia di bahagian luar dapur bagi penyewa yang menyewa selama dua hari atau lebih.
Kemudahan dapur untuk memasak turut disediakan.
Malah set pinggan mangkuk dan gelas untuk kegunaan harian juga tersedia.

Berminat? Hubungi kami segera pada nombor yang tertera. Sewa harian hanya serendah RM250 sehari (tanpa kegunaan alat pandang dengar untuk ceramah/tamrin)

Pakej
- 1 rumah hanya RM250 untuk 1 malam. Tambahan RM50 sekiranya disewa untuk aktiviti melibatkan alat pandang dengar.
- Daftar masuk (check-in) : 2.00 petang
- Daftar keluar (check-out) : 12.00 tengahari
- Untuk tempahan, sila bank-in deposit RM100 ke akaun Maybank bernombor 163064013991 atas nama ZAIHAN BINTI SALLEH.
- Smskan nama, alamat, nombor telefon, tarikh check-in dan check-out ke nombor 012-9212064 @ 012-9850123 atau emailkan ke darulbarakahguesthouse@yahoo.com sebagai bukti pembayaran. Bayaran selebihnya perlu dibayar semasa check-in.

Jarak Lokasi 
- Masjid Besar Kg Durian Burung - 100 meter
- Restoran Seafood - 100 meter 
- Pasaraya Giant - 3km 
- Pasaraya Mydin - 3km 

Alamat Rumah Tumpangan
422, Lorong Jambu, Kg.Durian Burung, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu.

- One Key (Wan Ki) Group -